.................................................................................

PENULISAN TERKINI

.

Wednesday, January 28, 2009

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Sekolah kebangsaan taman Suria, Johor Bahru dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk ;

1. Memastikan sIstem pendidikan berjalan dengan baik di sekolah ini bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat perpaduan Negara.
2. Memastikan staf yang berdedikasi, komited, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif.
3. Memastikan pelajaran dimulakan pada hari pertama persekolahan.
4. Menentukan setiap guru dan kakitangan sokongan sekolah dapat berkhidmat dengan cekap dan berkesan sepanjang masa.
5. Memastikan kami sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan yang terdiri daripada murid, ibu bapa atau penjaga, masyarakat dan negara atau kerajaan.
6. Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan jawapan segera kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan kami.
7. Menentukan segala urusan surat menyurat, laporan dan maklumat diberi perhatian dan tindakan segera dengan lengkap dan tepat kepada yang berkenaan.
8. Mewujudkan persekitaran dan budaya sekolah yang kondusif kearah melahirkan pelajar yang seimbang dan harmoni selaras dengan hasrat falsafah pendidikan negara.
9. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik