.................................................................................

PENULISAN TERKINI

.

Saturday, February 7, 2009

Kem Bestari Solat


j-QAF SK Taman Suria, Johor Bahru telah mengadakan Kem Bestari Solat untuk Tahun 2 bagi Siri Pertama pada 07 Februari 2009 di Surau SKTS pada jam 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Pelbagai LDK yang telah dijalankan, iaitu :

7.30-8.00 : Pendaftaran pelajar.
8.00-8.30 : Taklimat Wudhu'.
8.30-9.15 : Amali Wudhu'.
9.15-10.00 : Latih Tubi Bacaan Niat Wudhu' dan Doa Selepas Wudhu'.
10.00-10.30 : Rehat.
10.30-11.00 : Amali Solat Subuh dan Maghrib Berjemaah.
11.00-11.45 : Latih Tubi Bacaan Dalam Solat.
11.45-12.30 : Aktiviti Permainan Kem Bestari Solat.
12.30 : Bersurai

@Farhana

Monday, February 2, 2009

Ahlan Wa Sahlan ila Ust. Rafiq...


Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum ila Ust. Rafiq.

Mengikut seperti yang dikhabarkan, esok Ust. Rafiq akan melaporkan dirinya di SK Taman Suria. Dengan itu, maka bermulalah langkah pertama di hari pertama perjalanan Ust. Rafiq sebagai Guru j-QAF di sekolah bertuah ini.

Seluruh ahli jawatankuasa j-QAF mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada Ust. Rafiq. Semoga terus tabah dan gigih dalam menempuhi onak dan duri sebagai seorang pendidik yang berjaya. Amin.


@Syazril

Wednesday, January 28, 2009

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH - SESI 2009

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Sekolah kebangsaan taman Suria, Johor Bahru dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk ;

1. Memastikan sIstem pendidikan berjalan dengan baik di sekolah ini bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat perpaduan Negara.
2. Memastikan staf yang berdedikasi, komited, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif.
3. Memastikan pelajaran dimulakan pada hari pertama persekolahan.
4. Menentukan setiap guru dan kakitangan sokongan sekolah dapat berkhidmat dengan cekap dan berkesan sepanjang masa.
5. Memastikan kami sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan yang terdiri daripada murid, ibu bapa atau penjaga, masyarakat dan negara atau kerajaan.
6. Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan jawapan segera kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan kami.
7. Menentukan segala urusan surat menyurat, laporan dan maklumat diberi perhatian dan tindakan segera dengan lengkap dan tepat kepada yang berkenaan.
8. Mewujudkan persekitaran dan budaya sekolah yang kondusif kearah melahirkan pelajar yang seimbang dan harmoni selaras dengan hasrat falsafah pendidikan negara.
9. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

WATAK SKTS


"SKTS YANG BERHEMAH"

MOTO SKTS


"KELAHIRANKU
UNTUK
MENUNAIKAN
JANJI"

MISI SKTS


1. Meningkatkan pencapaian akademik murid ke tahap yang cemerlang.
2. Meningkatkan penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti kokurikulum.
3. Melahirkan murid yang bersahsiah dan berdisiplin kendiri yang cemerlang.
4. Melaksanakan pengurusan dan pentadbiran sekolah yang berkualiti dan berkesan.
5. Mewujudkan iklim persekitaran yang ceria, bersih dan selamat.

VISI SKTS


SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SURIA
MENJADI SEKOLAH CEMERLANG
PADA TAHUN 2009

JAWATANKUASA j-QAF SKTS 2009

PENGERUSI
Pn. Yos Fatimah binti Selamat
Guru Besar SK Taman Suria



NAIB PENGERUSI
Pn. Hajah Khatijah binti Abdul Majid
GPK Kurikulum SK Taman Suria


PENYELARAS
Pn. Siti Mariam binti Mat


SETIAUSAHA
En. Mior Syazril bin Mohamed Sapawi


BENDAHARI
Pn. Siti Fadhilah binti Daud


...........................................................
AHLI JAWATANKUASA

Cik Zuraini binti Jusoh
(Ketua Panitia Pendidikan Islam SK Taman Suria)


En. Mohd. Azmi bin Badri
(Setiauasaha Panitia Pendidikan Islam SK Taman Suria)


Pn. Endok Makernu binti Bachok


Pn. Afifah binti Mohd. Salleh


Pn. Nor Farhana binti Ahmad Yahmin